Banyak sumber pencemaran bunyi yang berada disekeliling kita yang tidak kita notis. Antaranya mainan bayi/ kanak-kanak yang mengeluarkan bunyi yang kuat seperti shrilling chicken, squeaky duck, smart wheels, telefon mainan dengan muzik kuat, fire trucks dan lain-lain.
Selain mainan, penyedut hampagas (vacuum cleaner), daily traffic noise, musik yang kuat antara penyumbang utama pencemaran bunyi.
Tip dalam memilih mainan untuk si manja;
1) Pastikan mainan yang dibeli mengikut tahap umur yang bersesuaian dengan umur anak anda.
2) Pastikan kekuatan bunyi yang dihasilkan oleh mainan tersebut tidak melebih 85dBA-100dBA (mengikut jenis mainan). Ibubapa boleh semak kekuatan bunyi dengan menggunakan Sound Level Meter (SLM). Terdapat banyak aplikasi SLM percuma di Apps Store. Walaupun agak ralat sedikit berbanding SLM yang komersal tapi ianya masih boleh digunakan. Lagipun untuk kegunaan kita sendiri, tak ada masalah
3) Jika mainan itu dirasakan terlalu kuat untuk kita, jangan beli.
4) Letakkan tape dekat sumber bunyi (speaker) untuk mengurangkan bunyi yang dihasilkan
5) Ganti mainan yang berbunyi dengan mainan yang lain (eg: soundless toys)
6) Jika mainan tersebut menyebabkan anak anda terkejut (startle), sila tukar dengan yang lain. Pendedahan terhadap bunyi yang kuat dalam jangka masa yang lama, boleh menyebabkan masalah pendengaran kekal. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan masalah lain seperti perubahan emosi, mengganggu tidur dan mengganggu prestasi kognitif kanak-kanak.
7) tidak terkejut dengan bunyi yang kuat (eg: guruh)
Sila dapatkan nasihat audiologist dan speech therapist jika anak anda;
1) tidak respond dengan panggilan nama
2) tidak respond dengan suara anda
3) tidak babble atau cuba tiru suara
4) tidak dapat mencari arah suara/bunyi yang datang
5) tidak faham arahan mudah ketika berusia 1 tahun
6) pertuturan dan percakapan tidak seperti rakan sebaya yang lain