icon-search
icon-search

Hilang Pendengaran Dari Tempat Kerja di Carta Tertinggi Dalam Malaysia

Hilang Pendengaran Dari Tempat Kerja di Carta Tertinggi Dalam Malaysia

Penyakit pekerjaan utama yang dilaporkan adalah:

  1. Occupational Noise Induced Hearing Loss 
  2. Occupational Musculoskeletal Disorders 
  3. Occupational Lung Disorders 

Kehilangan pendengaran dari tempat kerja berada di carta tertinggi dalam Malaysia. Hampir 60% dari 3058 kes pada tahun 2018 ialah kes hilang pendengaran. Pekerja yang terdedah dengan bunyi bising ditempat kerja untuk tempoh yang lama dan tidak menggunakan peralatan perlindungan diri dengan betul sememangnya mudah  mendapat masalah kesihatan.

Lihat - Occupational Diseases And Poisoning 2019

DEFINISI: Masalah pendengaran yang disebabkan bunyi bising berlaku setelah kita terdedah pada bunyi bising pada jangka masa atau tahap bunyi berlebihan seperti bunyi mesin atau jentera di tempat kerja.

Walaubagaimanapun, mendengar bunyi bising di tempat kerja dalam masa singkat dan bukan berulang tidak menjadi ancaman utama kepada deria pendengaran. Namun, jika berulang, ia akan menyebabkan kerosakan kepada pendengaran untuk jangka masa yang panjang. (LEBIH DARI 8 JAM, LEBIH DARI 85DB)

SIMPTOM UTAMA:

  • kurang pendengaran pada kedua-dua belah telinga. 
  • bunyi bising berdesing di dalam telinga. 

Penyakit ini sukar untuk pulih kerana kerosakan berlaku di bahagian saraf dan organ koklea di dalam telinga.

GOLONGAN YANG BERISIKO:

  • pekerja kilang kain/tekstil
  • pekerja kilang keluli 
  • pekerja kuari 
  • pekerja di lapangan terbang 
  • Tentera dan polis yang menjalani latihan menembak
  • Pekerja industri pemprosesan makanan
  • Pekerja kilang perabot


KESAN:

  • kesukaran untuk berkomunikasi dan keletihan. 
  • Perkara ini boleh menjadi masalah utama semasa berlakunya kecemasan, sehingga menyebabkan kemalangan di tempat kerja. 
  • kelancaran tugasan pekerja juga boleh terganggu melalui komunikasi yang terputus atau kehilangan tumpuan semasa bekerja.

Kesan dan komplikasi:

Seseorang yang mengalami masalah pendengaran yang disebabkan bunyi bising ini mungkin turut mengalami pelbagai kesukaran dan masalah seperti berikut.

  • Masalah komunikasi terutama sekali dalam persekitaran yang bising
  • Boleh mendengar tetapi tidak memahami perbualan
  • Bercakap dengan suara yang kuat
  • Selalu meminta perbualan diulang
  • Tidak boleh mendengar radio atau menonton televisyen pada kekuatan bunyi yang normal
  • Keadaan emosi akan terganggu seperti cepat marah, letih atau rasa terasing
  • Mengalami kepeningan dan kurang keseimbangan badan


 Sumber - http://www.dosh.gov.my/



Newer post

Our Brands


  • Visa
  • Master
  • payment_duitnow-qr
  • payment_stripe
Your cart is currently empty.
Continue shopping