icon-search
icon-search

Penggunaan ‘Pekak’ atau Bermasalah Pendengaran

Penggunaan ‘Pekak’ atau Bermasalah Pendengaran

Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ke 4, pekak adalah perkataan yang dimaksudkan  dengan tidak dapat mendengar langsung atau tidak dapat mendengar dengan baik. Dalam pengertian dan kefahaman masyarakat kita di Malaysia sering mengklasifikasikan semua golongan bermasalah pendengaran adalah pekak dan kadangkala ayat yang digunakan seolah-olah tidak empati kepada golongan ini. Oleh sebab itu, ramai lagi yang masih tidak bersedia untuk tampil mendapatkan bantuan apabila menghadapi masalah kurang dengar.


Individu yang mempunyai masalah pendengaran tidak semua pekak. Sepanjang saya menjadi audiologis, tidak pernah sekali pun saya merasa setuju dengan penggunaan perkataan ‘pekak’ kepada semua individu yang mempunyai masalah pendengaran. Kerana kebanyakan masalah pendengaran, masih ada saki baki pendengaran yang ada dan pesakit akan dapat dibantu dengan penggunaan alat bantu dengar.


Masalah pendengaran terbahagi kepada 4 tahap. Ringan, sederhana, teruk, dan sangat teruk. Jika seseorang langsung tidak memberi respon walaupun diberi tahap bunyi yang sangat kuat melalui ujian pendengaran barulah layak dipanggil pekak kerana walaupun dengan pemakaian alat bantu dengar, pesakit ini masih tidak dapat mendapat manfaat daripadanya. Ini yang dimaksudkan dengan tahap sangat teruk tanpa respon di semua peringkat frekuensi yang diuji. Namun begitu, hanya peratusan kecil sahaja individu yang mempunyai tahap pendengaran seperti ini dan ada yang dapat dibantu melalui implan koklear.


Marilah kita bersama-sama mengubah stigma bahawa semua individu yang bermasalah pendengaran adalah pekak kerana dengan adanya alat bantu dengar, akan membantu mereka mendengar dengan lebih baik dan masih ada harapan untuk menjalani kehidupan normal seperti orang lain.


Kita juga perlu bersikap empati, memahami dan membantu golongan bermasalah pendengaran untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.


Disclaimer: Ini adalah pandangan saya sendiri sendiri sebagai audiologis.

Terima kasih.



Ainu Mardhiah

Audiologis 

GHCC Wangsa Maju



Older post Newer post

Our Brands


  • Visa
  • Master
  • payment_duitnow-qr
  • payment_stripe
Your cart is currently empty.
Continue shopping